Followers

Friday, 20 April 2012

Saya dah menjadi Graduan DIPLOMA

Salam

Kegembiraan masih merasa walaupun kegembiraan ini tidak dapat disambut bersama sidia. Ada sedikit kekesalan disitu, namun usah berpatah balik, kejayaan yang dikecapi telah membuatkan ANIE rasa diri ini penting. Dalam diri, sudah melepasi pengajian di peringkat Diploma. Walaupun keputusan akhir tidak la tinggi, tapi itulah usaha ANIE selama 3 tahun.

Selama 3 tahun menuntut ilmu di peringkat Diploma ini, tiada pengalaman pahit yang berlaku. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Terima Kasih kepada semua yang terlibat. Pengalaman belajar itu tetap ada walaupun belajar di negeri sendiri. Insya Allah andai tiada masalah yang timbul, ANIE bakal menyambung pengajian di peringkah Ijazah Sarjana Muda pada 21 Mei 2012 depan. Ada sebulan lagi untuk menetapkan keputusan. Insya Allah semuanya selamat.

Walaupun Diploma dalam gengaman, namun kepuasan belum berakhir selagi ANIE belum menghadiahkan moment yang indah kepada parents ANIE di mana, memakai jubah graduasi (konvo). Semoga semua urusan berjalan dengan baik disisi ALlah SWT.


by

1 comment:

Aini Yunus said...

tahniah anie..dah bergelar graduate...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang