Followers

Friday, 20 April 2012

Menangislah kerana ia menenangkan!!

Salam

Artikel ini ANIE dapat dari majalah Al-Islam keluaran Mac 2012 untuk tatapan teman bloggers di petang Jumaat ini..

Orang kata, anak lelaki jangan menangis. Tak elok di pandang orang. Sebaiknya, lelaki perlu kuat. Menangis hanya akan melemahkan kejantanan. Menangis itu hanya milik perempuan. Biar perempuan sahaja yang menangis kerana perempuan memang begitu.

Persoalannya, benarkah begitu? Jika benar, mengapa pula Rasulullah menyebut, air mata orang yang menangis kerana takut akan dosa-dosanya dan takutkan Allah, akan menghalangnya dari dibakar api neraka. Oleh itu, menangislah mengharapkan keampunan Allah kerana air mata itulah penyelamat di akhirat kelak. Sekali gus membuktikan, sesiapa sahaja tidak mengira gender, kalau perlu menangis, jangan diseka air mata yang hendak jatuh. Biarlah ia menitis kerana itulah sifat naluri manusia yang daif di sisi Allah.

Kajian psikologi, turut membuktikan, menangis mampu meredakan kekusutan jiwa. Menangis mampu memberi ketenangan. Oleh itu, jangan sekali-kali dihalang. Biarkan air mata terus mengalir sehingga seseorang itu merasa puas!

Hakikatnya bukan mudah air mata itu hendak jatuh dari kolam mata. Tanpa diransang atau disentuh perasaan, ia tidak semudah itu untuk mengalir. Kerana itu, bersyukurlah kerana Allah mengurniakan air mata. Air mata, bukan sekadar untuk tangisan tetapi air mata juga banyak fungsinya. Habuk yang memasuki mata, air mata juga berperanan untuk membersihkannya. Bayangkan apa jadi jika mata kering tanpa air mata? Pedih bukan? Itulah kebesaran Allah yang menciptakan air mata sebagai satu kesempurnaan kejadian manusia. Subhanallah. 

by

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang