Followers

Showing posts with label Zaman Degreeku. Show all posts
Showing posts with label Zaman Degreeku. Show all posts

Wednesday, 26 August 2015

Finally Blog Update

Salam

Ya Ampun.. 
berhabuk blog ni dibiarkan sepi.. 
dari zaman Degree..dah bergraduate.. 
dari single dah bertukar status menjadi bini orang..

masa sangat tidak mengizikan
Alhamdulillah tanggal 1 Mei 2015
sah menjadi isteri
fuyooo
kami dah jadi suami isteri
selepas 9 tahun perkenalan

16 Ogos lalu selesai bergraduate
kini menjadi lepasan 
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Pengurusan Sumber Manusia

hampir 4 bulan menjadi isteri
hampir 4 bulan menjadi suri rumah
yukk..cari kerja..

ok bye.. 
see the next entry

by


Thursday, 11 September 2014

Final Exam Second Last Semester 2014/2015

Salam

pejam celik pejam celik
dah hampir 3 tahun masa berlalu
sekarang tengah mengitung hari untuk
final exam

dah lama tak update blog
tiba-tiba muncul dengan entry ni kan
buat pembaca blog ni
ANIE dah berada di Tahun Akhir
di Astin College
untuk BBA HR collaberation with UNITEN


15 September 2014
17 September 2014
18 September 2014
19 September 2014
21 September 2014
23 September 2014

tarikh keramat untuk semester kali ni
Kami batch yang paling awal mula exam
dan paling awal habis exam
Alhamdulillah
semuanya dipermudahkan


by


Tuesday, 3 June 2014

Semester 1 Tahun 3

Salam

Alhamdulillah
02 June 2014
masuk semester baru 
bagi semester 1 tahun 3
berbaki lagi 1 semester

6 subjek untuk semester kali ni
semoga semuanya berjalan dengan baik 



by

Friday, 26 July 2013

Program Amal Rumah Kebajikan Baitul Hidayah

Salam

Alhamdulillah
Program Amal ke Rumah Kebajikan Baitul Hidayah
bakal berlangsung esok
Sabtu 27 Julai 2013
dari jam 10:00 pagi hingga jam 10:00 malam






by


Monday, 13 May 2013

Busy Weeks

Salam


minggu yang sangat sibuk
dengan 5 hari berkampung di hospital
dengan tangan sendiri yang memerlukan rehat
ini ditambah lagi dengan
cuti yang bakal berakhir

for future life yang masih kekuningan
doakan sahaja yang terbaik

ditambah lagi dengan 
temuduga
fuhhhh
rehatkan otak

by
ashafanie@tablet

Tuesday, 12 March 2013

Boring di kala malam

Salam

Bila malam perasaan boring tu terus menerjah
Baca Novel
Online
Makan 
tu jela kot 
kegiatan harian kami di rumah sewa

 padahal dah namanya student
assignment tu berderet
notes belum buat
final nak dekat

tapi masih jugak BORING tu
apa nak jadi la kan kat kami
bila date dekat 
mula lah berjaga malam

**jangan tiru gaya kami
**Bila tiada topik untuk berbicara

by

Wednesday, 9 January 2013

January DI Hati Ku

Salam

Alhamdulillah.
semalam (08 January 2013)
Berakhir sudah 
Final Exam
untuk semester 2 2012/2013

Walaupun hanya satu paper
azab tetap terasa
Syukur Alhamdulillah
dapat menjawab dengan jayanya
walaupun ada jerk yang terkandas

Hari ni dah boleh mengemas
Khamis (10 January 2013) dah mula bercuti
Balik sorang diri sebab
classmate semua belum habis paper
Good Luck

by

Saturday, 29 December 2012

Penghujung Tahun 2012

Salam

Tinggal beberapa hari lagi tahun 2012 akan berakhir
dan Insya Allah andai kita diberi kesempatan
kita akan menemui tahun 2013

Di awal tahun 2012
masih ingat lagi
ANIE bersama ahli kumpulan seminar pengurusan
bertungkus lumus dalam menjayakan
program seminar pengurusan
di mana ia merupakan subjek akhir 
untuk mendapatkan Diploma.

Syukur Alhamdulillah
9 Jun 2012 Diploma dalam genggaman
dan menghadiri majlis gilang-gemilang
buat diri sendiri dan keluarga
Majlis Konvokesyen 
Senyuman ma abah, abg adik serta saudara mara
masih lagi terbayang di ruang mata
Alhamdulillah

Rezeki untuk menyambung pelajaran terus terbuka
tanggal 28 May 2012 meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah
sehingga sekarang dah masuk semester ke-2
cepat je masa berlalu
Syukur Alhamdulillah kerana ditetapkan iman
untuk menyambung pelajaran
semoga 2 tahun mendatang ini
dipermudahkan
Amin

2012
banyak kenangan bersama si dia
namun Alhamdulillah 
perhubungan masih lagi OK
Tak banyak di harapkan
semoga perhubungan yang bakal memasuki tahun ke-7 ni
di lindungi oleh Allah
diterima oleh keluarga kedua belah pihak
dan kami khususnya
lebih menerima kekurangan dan kelebihan 
kami sendiri
Amin

2012
Sejak berada di bumi Puchong
bersama teman Ijazah selama 6 bulan ini
sedikit sebanyak ANIE dapat melihat
perilaku, gelagat, etika
orang
usah membuka pekung di dada
cuma ingin ingatkan kepada diri sendiri
"Indahnya Manusia seperti Indahnya Sifatnya"

Harapan 2013
Azam 2013

Tiada azam namun ada beberapa  harapan
Semoga ianya dipermudahkan
Doakan

by

Thursday, 29 November 2012

1 Disember 2012 "Karnival Kemanusiaan Tangisan Gaza"

Salam

Pada 1 Disember 2012, jom sama-sama kita memeriahkan 
KARNIVAL KEMANUSIAAN TANGISAN GAZA 
yang diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana
pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut

Juga dapatkan barangan daripada
dan barangan lain yang turut serta pada hari tersebut

Karnival berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 malam
Jangan lepaskan peluang




by


Monday, 24 September 2012

Entry bergambar "Dihari Merdeka 2012"

Salam

Ini adalah entry bergambar
gambar sekitar hang-out bersama classmate
after extra class account
di hari Kemerdekaan yang lalu

Posing dulu sebelum berangkat ke IOI Mall


Rehatkan diri seketika setibanya di IOI Mall


Agenda Utama "masuk Panggung"

Ayu
Kak Mira
Wani

Nabilah
Me aka ANIE
Hadaina
Dayah
Wajib dibeli!!
Dan kami pulang dengan penuh KEGEMBIRAAN, KEPUASAN dan KELETIHAN
sebelum menempuh PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 2011/2012

::Tempat Kolej Astin Puchong Jaya dan IOI Mall Puchong
::Watak yang terlibat 'Degree student BBA HR UNITEN'

by

Wednesday, 5 September 2012

You Back, I Back

Salam

Begini lah nasib ANIE
huhuhu
member lain sibuk mengemas nak balik kolej
ANIE sibuk jugak
mengemas untuk balik 
bercuti ke rumah

Hari ni 05 Sept 2012
Hari pertama
Paper ANIE untuk semester 1 2012/2013
bagi subjek English For Business
wish me good luck

Paper seterusnya
10 Sept 2012 bagi subjek Account
12 Sept 2012 bagi subjek Mathematics

:: dilema after 'pakcik' msj 'tak bagi balik::

by

Thursday, 30 August 2012

Last Class

Salam

Today last day at class
have a presentation for Marketing Plan

by

Wednesday, 29 August 2012

Di ambang Final Exam

Salam

Lama tak post apa jua entry
kekangan masa la konon

Minggu ni minggu last
untuk menyiapkan segala bagai
tugasa, kuiz, mid term
minggu depan dah FINAL EXAM

berlainan masa ambil Diploma dulu
lain tempat
lain cara pengurusannya

Sekarang masih berjaga
untuk siapkan tugasan
Marketing
Management
Account
Mathematics

by

Thursday, 2 August 2012

3 bulan bergelar pelajar Ijazah!!

Salam

Alhamdulillah
dalam sedar tak sedar

dah masuk bulan ke-3
ANIE berada di bumi Puchong
menjalani kehidupan sebagai
Pelajar Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Pentadbiran
Sumber Manusia

Syukur ke hadrat Illahi
kerana telah mempermudahkan ANIE 
dalam menjalani, mengharungi kehidupan kat sini

Andai sebelum ini, 
kenyakinan langsung O dalam diri
untuk menyambung pelajaran 
sehingga ke peringkat Ijazah seperti sekarang
Entah dari mana semangat
untuk menyambung pelajaran ni 
Syukur Alhamdulillah

3 bulan menyambung pelajaran ini
tercipta kenangan serta pengalaman baru
bersama adik-adik yang baru mengenal dunia IPT
Bukan niat untuk mendabik dada,
namun itu lah kenyataan yang harus ditelan

Classmate ANIE dalam kalangan 
pelajar lepasan STPM
kenangan serta pengalaman baru 
yang ANIE dapat dimana
cara pembelajaran mereka sangat 
kritis!!
namun begitu, ANIE sangat menyanjungi mereka
sebab mereka mampu mengharungi semua ini
Tahniah u all..

bagi perihal Roomate
kelakar!!!
sebab mereka ni dalam kalangan
classmate dan adik-adik yang berusia 18 Tahun
ANIE bukan nak cakap dorang tak matang
sebab ANIE sendiri pun bukan matang sangat 
tapi perangai masing-masing
terserlah!!
Biarlah menjadi rahsia hati dengan perihal yang satu ini

so far, kehidupan bersama adik-adik 
kat sini sangat TERBAIK!!!
keadaan persekitaran rumah yang TERBAIK!!!
membuatkan kami lebih TERBAIKKK!!!

::: Simpan segala keburukan diri, dan hipokrikkan diri dengan menunjukkan kelebihan diri::::

by

Monday, 30 July 2012

10 Ramadhan

Salam

Alhamdulilah..dah masuk hari ke 10 di bulan Ramadhan
Alhamdulilah kerana di beri peluang untuk menunaikan Ibadah Puasa
Walaupun puasa pertama berjauhan dengan keluarga
Puasa pertama yang lama berjauhan dengan keluarga
di Bulan Ramadhan ini

Pertama kali menjejak kaki ke Bumi Puchong ni
Terdetik juga di hati
Macam mana dengan ibadah 'aku' di Bulan Ramadhan nanti

Alhamdulilah, terpelantingnya ANIE di Bumi Puchong ini
dengan rela  hati
Kemudahan sangat memuaskan
di mana,
terdapat kemudahan surau 'Balai Polis Puchong'
untuk menunaikan solat terawih.

Amalan setahun sekali
Wajib dikejar
walau sejauhmana halangan yang menimpa

Alhamdulilah, di usia yang makin meningkat ni
( macam dah tua sangat )
ANIE lebih fokus terhadap apa yang dilakukan

Memandangkan masa sangat tak mengizinkan 
untuk mencoret dengan lebih kerap
Hanya ini yang mampu dijamu untuk tatapan sahabat

Suka duka
pahit manis
Insya ALlah akan di hadapi dengan 
SENYUMAN

Sokongan daripada Si Dia sangat 
memberi rangsangan yang terbaik buat diri ANIE sekarang ni
cukuplah sekadar kehadiran mereka dalam hidup
dalam menjalani kehidupan
ma abah, abe, aya, mat yo, adik
sandara-mara
juga my BF serta my BFF
Alhamdulilah


by

Thursday, 5 July 2012

Genap Sebulan 2

Salam

Enrty ni adalah sambungan daripada entry INI
Entry lepas cerita pasal rumah
entry ni nak cerita pasal Classmate pulak

Bermula 4 Jun 2012 kelas pertama
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Sumber Manusia
Dan genap sebulan
Pembelajaran berjalan dengan sangat jaya
walaupun belajar dalam Bahasa Inggeris

Semua itu tidak mematahkan semangat kami
Kami mahu cuba
Kami mahu berjaya
sebagaimana orang lain berjaya
Insya Allah kami cuba untuk membuktikannya

Dalam kelas ada 8 pelajar
dan pelajar akan bertambah dari masa ke semasa

Faiz - Klate
Saiful - Klate
Nabilah - Klate
Hadaina - Tganu
Zawanie - Klate
Anie -  Klate
Amirah - Tganu
Hidayah - Kedah

Semua classmate di monopoli oleh kami warga KELANTAN

Apapun bahasa German kami tidak guna dalam kelas
kadang-kadang tu biasa..
Kelebihan kami yang mendapat perhatian daripada tenaga pengajar
Alhamdulilah
cuma kami sedang berusaha untuk ke arah
Speaking English
Insya Allah
sedang berusaha dari masa ke semasa

Antara subjek yang belajar untuk semester ini
English For Business
Mathematics Business
Islamics Studies ( dah ambil masa Diploma )
Account Business ( dah ambil masa Diploma )
Principles of Management ( dah ambil masa Diploma )
Principles of Marketing ( dah ambil masa Diploma )

Ada 4 subjek yang dah ambil masa Diploma
dan sekarang sedang berusaha dalam
tranfer kredit
Insya Allah harap semunya dipermudhkan


by

Wednesday, 4 July 2012

Genap Sebulan 1..

Salam

Dah genap sebulan ANIE berada di bumi Puchong Jaya.
Genap sebulan menjejak kaki ke Astin College
Genap sebulan berada di dunia DEGREE
Genap sebulan meninggalkan kampung halaman
Genap sebulan meninggalkan kaum kerabat dirumah
dan 
Genap sebulan meninggalkan rutin mingguan di sana

Alhamdulilah.. penerimaan keberadaan di sini sangat memuaskan
daripada layanan daripada pihak kolej
pihak hostel, rakan serumah juga rakan belajar

Pertama menjejak kaki di bumi Puchong Jaya
perkara pertama yang di set dalam fikiran adalah
kekalkan apa yang ada
lihat sekeliling dan cuba menerima 
Biarlah orang nak kata kita ni dungu
biarlah orang nak kata kita ini kekampungan
namun itu semua adalah diri kita sendiri
yang sudah sebati dalam diri sejak 21 tahun dahulu

Di sini, ANIE menyewa bersama 11 penuntut Astin Collage
dimana kami dalam kalangan pelajar Degree UNITEN dan Diploma USM
adil dan saksama
6 Degree 6 Diploma

Nabilah (ketua rumah) Klate
Hadaina Tganu
Siti Johor
Dina Johor
Wani Klate
Dayah Kedah
ANIE Klate
Mira Tganu
Dayang Johor
Yun Selangor
Wawa Johor
Lin Johor

Ni haa... housemate ANIE untuk sebulan ni.
Utara Barat Timur Selatan
Harap kami tetap bersama sehingga tamat pengajian
Insya Allah


by


Sunday, 17 June 2012

6 jam untuk 152 soalan

Salam

Malam tadi berjaya siapkan 152 soalan dalam masa 6 jam
dari jam 10 malam hingga jam 4 pagi

152 soalan adalah soalan dari
bab 1 bagi subjek
prinsiples of Management

Masa mula menjawab soalan tadi
punya la susah nak tanamkan sifat RAJIN dalam diri
Alhamdulilah, selepas sejam
perasaan RAJIN mula menebal sehingga berjaya menyiapkan
kesemua soalan

Ada sebab kenapa tiba-tiba rasa down
untuk terus belajar
sebab utama tiada sokongan daripada seseorang

Mungkin bagi sesetengah orang
seseorang itu tidak penting
tapi tidak bagi ANIE

Seseorang itu sudah terlalu dianggap
penting dalam kehidupan ini
sebagaimana pentingnya ma abah

Namun, apa yang kita inginkan
tidak semua akan tercapai
dari dulu sampai sekarang
ANIE cuba untuk terima sifat pelik dia
tetapi ANIE hanya manusia biasa
yang belum tegar menerima
dan adakalanya menerima
suratan dari-Nya

Selepas menyiapkan soalan tadi
terus online Facebook
Perasaan tenang bila mendapat message dari dia
Walaupun hanya satu ayat
itu sudah memadai

Semoga semuanya dipermudahkan
Semoga perhubungan kami sentiasa dipelihara
Semoga kejujuran dan keikhlasan itu terpahat dalam diri kami
Semoga perhubungan kami diberkati
Amin

by

Friday, 15 June 2012

Indahnya bila MENULIS

Salam

Indahnya bila dapat menulis kan.
Tapi masa sangat tidak mengizinkan
macam-macam cerita cuba nak kongsikan

Minggu ni dah masuk minggu kedua
belajar
bermastautin
di Bumi Puchong

Alhamdulilah, semua berjalan dengan baik
dan tidak seperti yang dibayangkan

Keakraban sesama adik-adik kat rumah sewa ni
memberi lebih kenyakinan dalam menghadapi 
liku-liku kehidupan di bumi asing ini
Walaupun terdapat ragam antara satu sama lain

Hujung minggu ni
kat Rumah hanya ada 8 orang daripada 12 orang
4 orang balik rumah masing-masing
yela, dekat 

Hanya ini untuk entry ciput ini
daripada tak coretkan langsung

Tugasan yang bersusun menyusul dalam minggu ini
Insya Allah cuba ringankan beban diri sendiri

by

Tuesday, 12 June 2012

Hari-hari....

Salam

Hari-hari ke kelas
Hari-hari dapat tugasan baru
Hari-hari malas 
Hari-hari kerja bertambah

errr...

Nak balik umah dah.

by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang