Followers

Sunday 17 June 2012

6 jam untuk 152 soalan

Salam

Malam tadi berjaya siapkan 152 soalan dalam masa 6 jam
dari jam 10 malam hingga jam 4 pagi

152 soalan adalah soalan dari
bab 1 bagi subjek
prinsiples of Management

Masa mula menjawab soalan tadi
punya la susah nak tanamkan sifat RAJIN dalam diri
Alhamdulilah, selepas sejam
perasaan RAJIN mula menebal sehingga berjaya menyiapkan
kesemua soalan

Ada sebab kenapa tiba-tiba rasa down
untuk terus belajar
sebab utama tiada sokongan daripada seseorang

Mungkin bagi sesetengah orang
seseorang itu tidak penting
tapi tidak bagi ANIE

Seseorang itu sudah terlalu dianggap
penting dalam kehidupan ini
sebagaimana pentingnya ma abah

Namun, apa yang kita inginkan
tidak semua akan tercapai
dari dulu sampai sekarang
ANIE cuba untuk terima sifat pelik dia
tetapi ANIE hanya manusia biasa
yang belum tegar menerima
dan adakalanya menerima
suratan dari-Nya

Selepas menyiapkan soalan tadi
terus online Facebook
Perasaan tenang bila mendapat message dari dia
Walaupun hanya satu ayat
itu sudah memadai

Semoga semuanya dipermudahkan
Semoga perhubungan kami sentiasa dipelihara
Semoga kejujuran dan keikhlasan itu terpahat dalam diri kami
Semoga perhubungan kami diberkati
Amin

by

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang