Followers

Wednesday 27 February 2013

Dialog 1

Salam

Situasi 1

Female : Awak ingat tak dah berapa lama kita kenal?
Male : Ermm.. Dah lama juga rasanya kita kenal.
Female : Awak tak nak jumpa mak ayah saya ke?
Male : Buat apa saya jumpa mak ayah awak?

**Male tentunya tiada perancangan untuk meneruskan perhubungan dengan Female andai situasi ini terjadi kan. Buat apa meneruskan perhubungan andai perhubungan itu tiada pengakhiran. 

Situasi 2

Female : Awak ingat tak dah berapa lama kita kenal?
Male : Adalah dalam 5 tahun kan?
Female : Wahh.. awak ingat yer?
Male : Tentulah saya ingat.
Female : Awak tak nak jumpa mak ayah saya ke?
Male : Awak dah bersedia ke?
Female : Insya Allah.
Male : Ok, nanti saya bincang dengan keluarga saya.
Female : Terima Kasih awak, semoga semuanya dipermudahkan.

**Male tentunya serius dalam perhubungan dengan Female dan berniat untuk menyunting Female untuk menjadi suri dalam hidup selepas 5 tahun berkenalan. Tiada banyak soal untuk menamatkan perhubungan dengan halal.

Situasi 3

Male : Awak, jom kawin!
Female : Awak serius?
Male : Iyer la.
Female : Ok, nanti awak bawak mak ayah awak jumpa mak ayah saya.
Male : Buat ape?
Female : ???@??#?#?

**Apakah niat Male itu? Kawin ajak mainkah??

Situasi 4

Male : Awak, jom kawin!
Female : Awak serius?
Male : Iyer la.
Female : Ok, nanti awak bawak mak ayah awak jumpa mak ayah saya.
Male : Betul ni? Awak dah bersedia?
Female : Insya Allah. Semoga semuanya dipermudahkan.

**Selepas beberapa bulan, tiada kunjungan daripada pihak Male, Female dengan rela hati membiarkan hubungan itu dengan begitu sahaja. Jodoh itu di Tangan Allah.

Situasi 5

Male : Awak, saya dah bersedia.
Female : Untuk?
Male : Menyunting awak menjadi suri dalam hidup saya.
Female : Bawak la mak ayah awak jumpa mak ayah saya.
Male : Insya Allah hujung bulan ini kami datang.

**Alhamdulillah, semoga dipermudahkan. 

>> Kahwin bukan sahaja selepas upacara akad nikah
>>Tanggungjawab yang dipikul lebih berganda daripada bujang kepada berpasangan
>>Bercinta senang, berkahwin susah??
>>JUJURLAH kamu dalam setiap apa yang kamu lakukan
>>IKHLASLAH kamu dalam setiap apa yang kamu lakukan

by

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang