Salam
Alah angan-angan nak tengok LIVE pasangan Scha dan Awal ni kawin tak kesampaian. Abah ANIE dok layan bola pulak. Terus on netbook ni nak tau apa yang berlaku. Perkara yang ANIE nak tahu sangat berapa kali lafaz. Alhamdulilah, dengan sekali lafaz, Scha dah menjadi milik Awal.
Suka tengok pasangan ni, tak over sangat. Suka baca perihal pertemuan dorang. Yang pada mulanya, Awal sudah terdetik di hati ingin mendekatkan diri dengan Scha semasa Scha masih dalam pertandingan Dewi Remaja. Namun, diatas sebab-sebab yang tertentu, Awal pendamkan sahaja niatnya. Setelah itu, perkhabaran bahawa Scha yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan 'selebriti' dulu telah menamatkan niat Awal untuk mendekati Scha. Namun, siapa sangka jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan, sejurus Scha menamatkan hubungan dengan 'selebriti' suatu masa dahulu, Awal mula mendekati Scha, dan kini Scha sah menjadi milik Awal. Alhamdulilah.
Segala info diatas, ANIE dah lupa dapat dari mana. Tapi itulah moment yang ANIE sangat suka bagi pasangan ini.
Maklumat Lanjut mengenai Pasangan SchAwal ini boleh terus ke blog ROTIKAYA
by
No comments:
Post a Comment