Followers

Friday, 4 May 2012

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Salam

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Itulah perumpamaan yang diketahui oleh semua tidak kira umur
Maksud yang tersirat tentunya menjurus kepada didikan awal kepada kanak-kanak khususnya

Kini dalam pemikiran ANIE, bukan sahaja didikan kanak-kanak kita boleh guna bagi perumpamaan diatas. Kehidupan kita seharian juga bermula dari awal usia 20 tahun, sudah boleh menggunakan kembali perumpaan tersebut. Kanak-kanak menggunakan perumpamaan tersebut untuk belajar ABC 123 dari usia muda, kita di usia 20 tahun ini sudah boleh mula belajar apa itu kehidupan yang akan berlaku di masa akan datang.

Kehidupan yang ANIE tekankan disini adalah kehidupan sebagai seorang wanita dan lelaki, yang akan bergelar isteri dan suami seterusnya bergelar ibu dan ayah. Tidak terlalu jauh pemikiran ANIE memikirkan hal sedemikian, bukan bererti ada perancangan ke arah itu, namun saban hari perihal ini lah yang bermain di minda.

Tak terlalu jauh kalau kita mengandaikan apa yang akan berlaku di masa akan mendapat, mungkin kita akan pasangan seawal usia 25 tahun. Ini bermakna bagi diri ANIE, ANIE mempunyai masa 3 tahun lagi. Dalam masa 3 tahun ini, sangat sesuai lah lelaki dan wanita itu, mengetahui selok belok rumahtangga. Rumahtangga bukan sahaja tanggungjawab suami dan si isteri, malah segala yang berlaku nanti itulah yang menjadi yang utama.

 Khususya, andai si suami tidak pernah menjejak kaki ke pasar sebelum berkahwin, adakah 100% si suami akan terbiasa dengan suasana pasar?. Usah mengenali pasar, mungkin ikan, sayur si suami itu tidak mengenali. Siapa yang akan membantu si suami andai tidak si isteri? Tapi, bagaimana pula andai si isteri juga tidak pernah menjejak kaki ke pasar? si suami dan si isteri sama-sama tidak pernah menjejak kaki ke pasar,    langkah yang diambil tentunya kedai makan. Mungkinkah saban hari akan ke kedai makan. Beralasan mungkin, kita berada di situasi yang baru, dimana baru ingin mengenali pasar. Dan terfikirkan andai salah seorang daripada suami atau isteri mengenali pasar, adakah sebelah pihak sahaja yang saban kali ke pasar. Di mana peranan pasangan anda? Bukankah hidup berpasangan ini akan memudahkan kerja, dan bagi ANIE situasi sebegini akan lebih menyusahkan pasangan anda. Bermula lah persiapkan diri dengan aktivit-aktiviti selepas hidup berpasangan ini.

Bagi situasi kedua, andai di awal perkenalan pasangan tidak menguar-uarkan apa yang dilakukan, secara tidak langsung tabiat itu akan berterusan sehingga mereka disatukan. Betapa kecilnya hati pasangan itu nanti. Biarlah apa pandangan orang, nak masuk tandas pun, bagitahu ke? itu bukan ingin mengadu, tapi itu menjurus kepada kebiasaan.

Kehidupan kita, tidak akan terjadi sama sekali dengan cepat dalam melakukan sesuatu perubahan. Lihatlah dan cerminlah diri sendiri. Andai tidak berdaya, minta lah pendapat teman sekeliling khususnya ahli keluarga yang saban hari bersama kita, tanya lah di mana kekurangan yang ada dalam diri anda yang perlu diperbaiki. Yang pasti, apa yang kita fikirkan tidak akan sama dengan yang apa orang fikirkan.

by

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang