Followers

Monday 14 May 2012

Membilang or Menghitung HARI!!

Salam

Membilang or Mengitung hari sekarang ni. Dalam masa terdekat, pelbagai agenda sudah tersedia. Abang konvo, sambung belajar, dengan ANIE sendiri yang akan konvo.

Sangat sarat fikiran sekarang. Dah la tak leh fikir banyak, nanti sakit kepala menyerang. Sekarang ambil masa HOLD dulu dalam membuat keputusan. Tanya pendapat teman sekeliling. Keputusan yang SUSAH dibuat sekarang adalah keputusan nak sambung belajar atau tidak. ANIE tak kesah belajar di mana-mana, tapi ANIE sangat kisah bila memikirkan kewangan. Kewangan sekarang ok untuk sara hidup kat sana nanti, Insya Allah , lagipun  PTPTN ada katannya, tapi bagaimana dengan masa depan.

Diploma ANIE dah buat pinjaman RM20 000, if ANIE sambung Ijazah, ANIE akan membuat pinjaman buat kali kedua dengan PTPTN berjumlah RM48 000. Pada pandangan ANIE, tersangat besar dana tersebut.
Kelulusan Insya Allah kita akan dapat, tapi bagaimana pula dengan masa depan kita.??
Adakah mampu kita nak membayar balik pinjaman yang berjumlah lebih RM60 000. Jawabnya, ANIE akan bekerja untuk membayar hutang je la kan. Kalau keputusan ANIE 4 flat tak pe jugak, ni sekadar cukup makan je.

Bila fikirkan balik, nak TOLAK permohonan tawaran belajar yang sekarang ni. Tapi jauh di sudut hati, nak belajar sampai Ijazah pon ok. 
So guyssss.. WHAT SHOULD I DOOOOO..

by

1 comment:

Fuzzy said...

dari pandangan Fuzzy...
pelaburan dalam pendidikan/pelajaran adalah perkara yang paling baik sekali..
tak rugi bazirkan duit utk belajar, tapi kenalah belajar betul2 supaya capai target..
kalau boleh usahakan supaya pinjaman jadi biasiswa.. :)
insyaAllah kalau ada niat yang lurus, masa depan nanti tidak akan ada masalah bagi anie nak bayar balik pinjaman.
just my opinion lah. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang