Followers

Saturday, 14 April 2012

Pemenang GA dah diketahui

Salam

ALhamdulilah.. Setelah menyenarai pendek peserta GA pertama ANIE dari 17 sehingga 6 dan mendapat 4 yang terakhir. Seorang mendapat hadiah UTAMA berupa Tudung Bawal 3 Tone manakala 3 peserta mendapat hadiah SAMPINGAN berupa pin tudung felt craf. Rasa nak bagi je hadiah kepada semua 17 orang peserta, tapi tengok bujet..alamak, ANIE bergelar penggangur yang menanti keputusan Final Exam.hehe.. terlari tajukkk

Senarai peserta boleh KLIK SINI, dan ANIE tidak akan mengumumkan pemenang kerana ANIE ada tugas kepada pemenang tu nanti..hehe..ANIE hanya inginkan pemenang itu sendiri yang mengenalkan diri. Amacam?? Faham ke..hehehe.. Ok, maksud ANIE macam ni, Insya Allah esok ANIE akan pos hadiah kepada 4 orang pemenang berkenaan. Dan para pemenang buat la satu entry pasal GA berkenaan dan ambil gambar bersama hadiah tu boleh??

Link entry berkenaan korang kena emailkan kepada ANIE di ashafanie@yahoo.com. Wajib tau buat, ANIE sangat teruja ni nak tunggu entry dari korang pemenang GA pertama ANIE. If tak boleh tak ape, ANIE faham situasi korang..

Memandangkan ANIE menggunakan perkhidmatan 'pos daftar' penerimaan berkemungkinan sampai kurang daripada seminggu. Diharap pemenang-pemenang berpuas hati dengan hadiah ikhlas yang tidak seberapa dari ANIE. Dan terima kasih juga diucapkan kepada 13 peserta yang lain, kerana sudi memeriahkan lagi GA tak sengaja ANIE ini. Cuba lagi di GA kedua Insya Allah. Dan terima kasih khasnya kepada bloggers yang dah buat entry khas perihal GA berkenaan. Sokongan dari kalian amat memberi sokongan kepada ANIE.

::Kalau buat GA kedua nanti, ada yang nak join lagi tak...?? Agak-agak hadiah macam mana pilihan korang?? 

by

3 comments:

siti zarinah said...

mcm mana nk tauu?

ashafanie said...

Anie akan emailkan no rujukan pos kepada pemenang..

Belum kesempatan pos lagi..

Ainiyunus said...

Jom baca kat sini..
http://afiahani.blogspot.com/2012/04/dapat-hadiah-ga-daripada-hs-barakah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang