Followers

Saturday, 21 April 2012

5 Tips Melegakan Kesedihan

Salam

Sumber ANIE peroleh melalui pembacaan Majala Al-Islam keluaran Mac 2012 buat tatapan teman bloggers

Pertama
Daripada Anas bin Malik, apabila nabi ditimba sesuatu bencana atau malapetakan maka baginda membaca "Yaahayyuyaaqayyuum Birahmatika Astaghist" maksudnya "Wahai Allah yang maha hidup lagi maha berdiri dengan rahmat Mu memohon pertolongan".

Kedua
Menangislah sepuas-puasnya dan lepaskan kesedihan. Sebab itu didalam Islam jika ada masalah kita disuruh  berkongsi dengan orang yang boleh dipercayai. Luahkan apa yang terbuku di hati dengan tangisan kerana ia mampu meringankan beban. Sebab itulah orang perempuan lebih panjang umurnya dan jarang sakit jantung kerana air matanya. Dari air mata itu dilepaskan tekanan.

Ketiga
Nabi juga ucapkan "Lailahaillallah" untuk meredakan kesedihan.

Keempat
Solat hajat agar Allah redakan kesedihan.

Kelima
Selalu Nabi nasihatkan kepada orang yang sedang bersedih "bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah". 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang