Salam
Dia tak semestinya menjadi hak kita.
Kekasih kita sekarang, tidak semestinya menjadi suami ataupun isteri kita pada masa depan.
Namun Jodoh dan Pertemuan sudah ditentukan oleh Tuhan.
Kita hanya mampu merancang.
Segala perancangan yang ditentukan Tuhan ada sebabnya.
Kita sebagai HambaNya, haruslah menerima segala apa yang berlaku di masa hadapan.
Oleh itu, ANIE mengingatkan kepada diri sendiri.
Sayangi lah seseorang itu seadanya.
Jangan terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi di dalam perhubungan itu
Jangan terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi di dalam perhubungan itu
Ikat lah dengan ikatan yang sah seandainya kamu sudah bersedia dari sudut fizikal dan mental.
Hubungan yang halal adalah Ijab dan Kabul.
Namun ianya bukanlah semudah yang disangka
Persediaan mental dan fizikal
Harus diutamakan
Jadilah manusia yang berkemahiran, berfikiran rasional
Sebelum mengambil keputusan
Perkahwinan itu
Bukan sahaja penyatuan dua hati
Namun
Perkahwinan itu adalah
Penyatuan di mana
dua buah keluarga menjadi satu
Eratnya hubungan kekeluargaan adalah tali ikatan yang lebih erat
Berbanding daripada ikatan dua hati antara teruna dan dara
Perkahwinan berdasarkan hati dan perasaan tidak bertahan lama
Berbanding dengan perkahwinan berdasarkan tanggungjawab yang wajib dipikul selepas Ijab dan Kabul
Sayangilah seseorang itu hanya 90 %
Dan
Tinggalkan baki peratusan sebanyak 10 %
Untuk mengisi kekosongan di masa hadapan
by
1 comment:
betul3 . kita tak boleh berharap sgt pada seseorang yg belum tentu jadi milik kita (':
Post a Comment