Followers

Thursday, 23 February 2012

Jiwa makin rapuh..

Salam

Jiwa ANIE makin rapuh sejak kebelakangan ini. Ahad lepas dah penyelaras Seminar Pengurusan ANIE dah SMS soh betulkan laporan yang telah dihantar sebelum ni. Malu kalau bagi orang tengok laporan tu, tak macam laporan pelajar yang ambil Diploma. ANIE tak nak cakap lebih dah, perkara dah pun berlalu. Entry lepas dah terpost entry beremosi sikit. Rujuk SINI.

Sepatutnya laporan dihantar petang tadi (Khamis 230212), tapi atas beberapa perkara yang tak dapat dielakkan petang tadi, lampiran bagi laporan ANIE tak sempat siapkan. Urmm.. petang tu syok 'date' ngn 'pakcik', muncul pulak SMS yang mengguris sikit hati ANIE, niat baik dibalas macam tu. 
ANIE berserah je pada Tuhan. Tuhan itu Maha Adil. Insya Allah.

Tak cukup dengan itu, 'pakcik' ni bagi hadiah yang 'paling berharga' pulak kat ANIE. Ya Allah, kalau hadiah tu jatuh kat tangan orang lain, ANIE tak dapat bayangkan. "pakcik" tolong fahami kehendak saya.. 
Kalau tak mampu, please do something...

Mata dah penat mengadap skrin latop, pergi keje menghadap latop, balik keje menghadap latop. Ya Allah.. Bantulah hambaMu ini Ya Allah. Aku antara hambaMu yang lemah. Dampingilah aku Ya Allah. Semoga ANIE diberi ketebalan kesabaran buat saat ini. Insya Allah.

::'pakcik' merujuk kepada my BF.

by



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang