Salam
Ni lagi entry lame..Baru ada kesempatan nak share kat korang. Jumaat n Sabtu minggu lepas ( 30-31 Disember 2011) ANIE sekeluarga kecuali adik ANIE yang stay kat UiTM Shah Alam ke Pulau Pinang. Sejak abang ANIE belajar kat matrik, sambung UiTM sekarang rezeki die kat Penang jugak. Kali ni kami sekeluarga pi hantar abang untuk kerja. Macam manja pulak nak hantar-hantar ni kan..hehe.. Kami pi jugak sebab kami konvoi (motorkar n motosikal). Daripada bagi sedekah kat pak cik lori pi hantar motosikal abang, baik kiteorang konvoi macam ni. Boleh kami sambung bercuti di hujung tahun..ehek..cuti la sangat kan.
Kami bertolak dari rumah (Kota Bharu) lebih kurang jam 8.00 pagi. Perghh..pagi giler rasanya..if pi KL pon, jam 9.00 pagi baru gerak. KB ke Penang mengambil masa kurang dari 5 jam je. Memangkan hari berkenaan kami berkonvoi ditambah lagi dengan hujan, jam 2.00 petang kami sampai. Tu pun kami singgah umah member abah kat area Kedah dulu. Nak pi Penang ni, mantap perjalanan. Kita akan melalui sempadan Kelantan, Perak, Kedah.. barulah jumpe Penang.
Singgah umah member abah, mesti la dijamu makan tengahari. Perghh.. Lapar wei.. Bayangkan kami singgah kat Puncak Titiwangsa kurang dari setengah jam untuk makan pagi. Kenapa setengah jam.. Tengok pic ni..haha,.. satu apa pun tak nampak kan.. Order minuman panas, belum selesai makan, air dah "selesa" di minum.
Ok..dah la membebelkan. Point utama ANIE kat sini adalah untuk melengkapkan "demand" ANIE sebelum berpantang macam sekarang. Pi Penang tak sah kalo tak pekena "Char Kueh Tiaw" kan. Dah la masa ma abah ANIE pi Penang ambil abang (tamat pengajian di UiTM) ANIE tak ikut, if tak silap time tu ANIE ade exam. So, memandangkan kesedaran "berpantang" tu akan muncul..ANIE pujuk rayu abang ANIE nak pekena "Char Kueh Tiaw" ni. Abah pon faham anak die yang sorang ni macam mana..huhu..
so, Inilah hasilnya..
Pic blurr sebab pancaran lampu yang ting tong.. ditambah dengan hpon ANIE yang "mahal"..hehe
Nak cite ape lagi ekk... Layan saki baki pic jela erk..Thanks for Reading...
:::Next entry Insya Allah sal PLKN n Operate...
by
No comments:
Post a Comment