Salam
Weee..ANIE post entry tak kira masa pulak kan. Ni nak post entry sebelum offline. Tadi ANIE menghadiri satu "Bengkel Selangkah (lupe dah name belakang) anjurang UPP Kolej. Bengkel ni khusus untuk pelajar semester akhir. Harap maklum la kan ANIE dah pun berada di semester akhir. Kejap je rasa 3 tahun dok menghadap buku-buku.
Untuk hari ni, kami ade 3 slot. Slot pertama membincangkan tentang penyediaan "resume". Ade la entra input yang ANIE dapat sebab sebelum ni ANIE dah pernah menghadiri seminar sedemikian. Resume ni tak ada format, so lain penceramah, lain la corak penulisan resume tu. Insya Allah if ade kesempatan ANIE share contoh resume yang lengkap untuk korang.
Ok,untuk slot kedua, kami diberi penerangan berkenaan dengan "proses temuduga". Proses temuduga ni akan melalui 3 fasa, iaitu sebelum, semasa dan selepas temuduga. Memandangkan ANIE pernah menghadiri program sedemikian, so far Alhamdulilah, ade entra input yang ANIE dapat. Nak kate boring tu tak de la sebab kita semua akan melalui proses temuduga ni suatu hari nanti.
Untuk slot petang iaitu slot terakhir, slot bagi grooming di mana, kami diberi pendedahan berkenaan dengan cara pemakaian semasa menghadiri temuduga. Penceramah jemputan tak jauh dijemput,salah seorang lect ANIE kat kolej jugak. Puan Kirah ni pernah mengajar ANIE subjek IT masa semester 2 dahulu, ada la 2 tahun lepas. Tahun lepas jugak masa ANIE ambil subjek Komunikasi Perniagaan, Puan Kirah yang memberi ceramah berkenaan dengan pemakaian semasa temuduga. Walaupun penceramah yang sama, bagi bengkel kali ni, Puan Kirah siap bawak sample pakaian yang bersesuaian dan tidak bersesuaian semasa proses temuduga. Cara match pakaian yang merangkumi baju, tie, tali pinggang, seluar, stokin dan juga kasut. Bagi wanita pun sama seperti corak dan warna bagi pakaian. Pakaian tidak boleh terlalu cerah. Memadai la warna soft seperti warna biru muda atau hijau muda.
Esok bengkel diteruskan. Ade 3 slot jugak. Yang tak sabar untuk slot ketiga dimana, kami akan melalui proses temuduga yang sebenar. Esok kami kena berpakaian formal beserta membawa resume dan surat iringan. Suatu bengkel yang bermakna la esok. Insya Allah.
Okeyh..dah banyak membebel pulak. Andai ade typing error,halalkan.. ANIE belum preview entry ni selengkapnya. Dah lewat. Esok bengkel bermula jam 9.00 pagi -5.00 petang.
::date at KBmall esok..hehe
by
No comments:
Post a Comment