Salam..
Terlebih dahulu ANIE nak minta maaf andai entry kali ni 'terpanjang' dan ianya tidak menepati citarasa korang dalam membaca entry.. Salam Maal Hijrah ANIE ucapkan kepada semua blogger yang beragama Islam. KLIK SINI untuk entry lepas dengan Doa Awal dan Akhir Tahun. Sama-sama berkongsi.
berdasarkan tajuk entry ANIE kali ni, ANIE nak mencoretkan serba sedikit perihal 'persahabatan' ANIE dengan kawan ANIE. Hari ni Birthday die.. ANIE kenalkan kawan ANIE dengan F. ANIE mula kenal F tahun 2007. Masa tu ANIE berada di tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah la kan.. ANIE kenal F ni sebab kami sama-sama menjawat jawatan 'pengawas koperasi sekolah'. Di awal perkenalan kami, kami tak de lah rapat, bertegur pun tidak, F ni jenis pendiam.. if masa kami rapat pun die stay ngn sifat diam nyer. tak pernah die nak meninggikan suara die. itulah F.
ANIE ingat lagi, setiap tahun, semua 'pengawas koperasi sekolah' akan mengikuti lawatan sambil belajar ke luar Kelantan..:-).. pada tahun 2007, kami ke Kuala Lumpur (KL). Semua dah boleh agak kalo dah ke KL ape je yang boleh lawat. Lawatan bersama kawan-kawan ni amat berbeza dengan lawatan ngn keluarga. itu ANIE tak nafikan. korang pon pasti setuju kan.
Sebelum terlupa, F masa tu menetap di Pahang, sekarang dah dok Kelantan. so, ANIE tidak akan lupa, bagaimana cara perkenalan ANIE ngn F ni. Dengan menaiki bas, faham-faham jela.. Boring.. Nak message tak de line.. so kami yang baru-baru nak berkawan ni, telah mengutus 'message' melalui phone. Memandangkan seat kami tak jauh, so past je la phone tu, dengan line tak de, kredit pun jimat.. tak gi tu. Tak de sape yang tahu kami berhubung macam tu. Rindu sangat time tu. F ni jenis senyap. Dah nasib ANIE kot kenal ngn orang- orang senyap ni..haha.. bF ANIE pon pendiam gak. Ex-abang angkat ANIE pon jenis senyap jugak..huhu..
ok, berbalik pada cerita passing phone tu "message", ANIE tak sangka, die ajak ANIE menjalinkan satu hubungan. oppss.. jangan salah faham.. F ajak ANIE as BESTFRIEND (BFF). ANIE teragak-agak pada mulanya.. Yela, kami baru je kenal, mudah je F nak anggap ANIE ni as BFF die. Selepas di ayat, ANIE terima je, itu pon selepas kami sampai ke destinasi.. Bukan senang nak menjalinkan sesuatu hubungan walaupun ianya sebuah persahabatan.
Mulai hari itu, kami adalah BFF. hehe.. ANIE dah lupe date tu. 3 hari lawatan amat bermakna lah. Dapat seorang BFF yang baik. Batas pergaulan diutamakan dalam apa jua perhubungan.
sejurus kembalinya kami dari sekolah, perhubungan kami Alhamdulilah masih berjalan seperti biasa. Memandangkan kami tinggal di asrama, so time menjeling kat dewan makan jela. Ingat lagi time puasa, siap bertukar juadah. Kalau orang tengok, macam lebih dari BFF.. haha.. tapi ape yang dipedulikan. BFF tetap BFF dan BF tetap dihatiku. Masa tu F tahu kewujudan BF ANIE, tapi hampanya BF ANIE tak tahu kewujudan F. selepas 4 bulan rasanya, BF ANIE tahu. dah terjadilah beberapa 'ayat maut' dari BF ANIE..haha..tu ANIE tak cite sal ex-abang angkat ANIE.
ok,dah habis kot cerita best, (bagi ANIE la), nak masuh cite tak best dah ni..
Benar lah kata pepatah 'harapkan cerah jerk di siang hari, hujan pon pasti melanda' (ubah suai sendiri sebab lupe yang asal..hehe), sama jugak perhubungan ANIE ngn F, ANIE lupe, masa tingkatan 4 or 5, hubungan persahabatan kami goyah. ANIE tak tahu apa punca sebenarnya, tapi hati ANIE mengatakan, ianya berpunca dari 'buah mulut' orang. seperti yang ANIE cakapkan sebelum ni, andai orang tak kenal kami, orang pasti salah anggap terhadap hubungan persahabatan yang terjalin secara diam.
Pelik tapi benar, tapi itulah hakikatnya. Walaupun tika itu ANIE dan BF tidak sering berhubungan (ANIE kat asrama,BF dah tamat belajar), perasaan ANIE tak pernah berubah kat mereka bertiga. Hanya Tuhan saja yang tahu sejauhmana perasaan ANIE terhadap BF,F dan ex-abang angkat ANIE masa tu. Se'ayat mana' dorang (F dan ex-abang angkat) bermain kata-kata, hati dan perasaan ANIE tetap bersama BF. Susah kan nak percaya, tapi itulah realitinya, walaupun sekarang semuanya berubah kecuali perihal BF. Kami masih bersama Alhamdulilah.
Selepas beberapa bulan kami buat haluan masing-masing, F mula menghubungi ANIE, masa tu cuti sekolah. F soh ANIE lupekan ape yang dah berlaku, so ade lagi lah "ayat" yang digunakan. ANIE pun terima jela salam persahabatan buat kali kedua. Perjalanan persahabatan kali ni tidak lagi seindah dulu, kawan hanya pada nama kot. Semasa lawatan 'pengawas koperasi sekolah' ke Langkawi 2008 pun kami tak serapat seperti lawatan ke KL. Selalu nyer F lah tempat ANIE mengadu. tapi sejak itu, ANIE cuba elakkan. Persahabatan sedemikian Alhamudulilah masih berjalan sehingga sekarang. Dah 4 tahun ANIE mengenali F. Semoga persahabatan kami terus terjalin walaupun tidak seakrap dulu.
Selama hari Lahir Sahabatku yang ke-20. Jadilah insan yang berguna buat ibu bapa mu, adik beradik mu, sahabat andai mu, dan buat guru-guru yang tidak pernah kenal erti lelah dalam mendidik mu. Jadilah diri yang sebenar dalam menjalani kehidupan ini. Dirimu yang ku kenali amatlah layak menjadi 'sabahat' buat sesiapa sahaja. Maafkan ku andai diri ini tidak lagi mampu memberi perhatian di kala kamu memerlukan seorang 'sahabat'.
::ANIE cerita di lain entry perihal ex-abang angkat ANIE kayh. pasti korang tertanya-tanya kenapa ade 'ex'. If ANIE ade kenyakinan diri untuk berkongsi ini semua.
::buat F, andai diri mu 'terbaca' coretan ini, ketahuilah.. dirimu telah mengajar diriku apa itu sebuah 'persahabatan'. sayang ku sebagai sahabat tidak pernah luntur walaupun dirimu "pernah" mencuba menghancurkan hubungan ku dan si dia. Fahamilah apa itu persahabatan wahai sahabat
::Buat my BF, andai "terbaca" coretan ni, ketahuilah suka duka hidupku sepanjang "kehilangan" mu dahulu. Serapat mana diriku dengan insan lain, pengorbanan hidupmu menjadi tonggak kepercayaan, kesetiaan dan kejujuran dari ku untuk mu, andai dirimu ter'cuit' hati dengan coretan ringkas ini, ku menyusun 10 jari memohon ampun, jadilkan la ia sebuah coretan dairi ku sepanjang bergelar "pelajar sekolah".
::buat blogger yang juga kawan ku, simpan lah coretan ku ini sebagai pengalaman 'persahabatan' dari insan kerdil ini.
Mohon Ampun Dan Maaf Andai Ada Yang Terguris Di Atas Entry Kali Ini
by
1 comment:
perghhhh.. ayat novel! haha
Post a Comment