Salam
Dikesempatan ini ANIE nak mengajak teman bloggers yang beragama Islam. Memandangkan hari ini (Sabtu 26 November 2011) adalah hari terakhir kita dalam tahun 1432H iaitu 30 Zulhijjah. Tahun baru hijrah akan muncul esok (Ahad 27 Novemvber 2011 ) iaitu 1 Muharram 1433. Marilah sama-sama kita membaca doa akhir tahun.
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan Izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat pelindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu. Insya Allah.
Maksudnya::
Allah SWT berselawat keatas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara Engkau tegah daripada aku melakukan dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakan. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan dengan pahala atas yang sedemikian itu, Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 ( Ahad 27 November 2011). . Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya::
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemuruhanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapa kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjangtahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad Nabi yang ummi dan ke ata ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wassalam
(thanks tinggalkan entry ni kat my blog..)
by
No comments:
Post a Comment