Apa khabar korang, da kenyang? Aku kenyang dan tersangat kenyang dah ni. Hari ni keluarga aku dapat 7 undangan kenduri. Tapi aku hanya pergi 3 majlis je. Aku tak minat sangat nak gi majlis kenduri ni..Majlis pertama tengahari kat Hotel Renaissance Kota Bharu, majlis perkahwinan anak angkat mak cik aku, kedua umah sepupu aku kat PCB dan last umah jiran aku kat PC ni je. Hari ni macam dah jadi rekod peribadi aku la, sebab gi kenduri bak kata orang kelantan "make gulai' . Aku bab kenduri tersangat la malas sebab utama kena pakai baju kurung, cam sopan gitu..lalala.. Sekarang semua dah berubah sebab aku dinaikkan pangkat sebagai 'driver'. So, kemana sahaja aku orang yang wajib ada. Cam pelik je bunyi..Apa yang penting perut kenyang hati senang. Selamat Pengantin Baru kepada semua pasangan yang berkahwin. Aku bila erk.wink wink wink.
:::Ajaklah Follower Anda Follow Blog Ni:::
TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment