Followers

Tuesday, 21 June 2011

^^Cinta^^

Salam...

Hello semua bloggers yang masih stay on depan lappy masing-masing. Masih awal lagi kan untuk melelapkan mata, tapi aku dah kena tido ni, esok ade kelas lorghh.. Walaupun kelas petang jam 4-5, aku kena gagahkan diri untuk menghadap skrin netbook ni jugak esok. Bukan untuk online lagi, tapi untuk menyelesaikan 2 tugasan. Ambik kau 2 tugasan terus aku dapat minggu ni dan kena summit minggu depan. Hope dapat fokus.

Perghh..dah lari tajuk entry pulak erkk..Ok jom kembali ke tajuk entry kali ni. Sengaja atau tak sengaja tak tahu la kan, malam ni tiba-tiba aku banyak terbaca entry dari followers aku mengenai CINTA. Cinta tak kan korang xtau kan, adik-adik sekolah rendah pon dah pandai cinta-cinta ni. uhuk..

Apa yang menarik minat aku untuk share pasal cinta ni ehh...jap nak fikir...???

Ok, pertama sekali aku nak share pendapat aku pasal PUTUS CINTA. Sebelum putus pasti ade perhubungan tu kan. Pasti la kan. Bila dah putus cinta ni, ada yang salahkan BF / GF sebab putus, ada yang salah seorang tu curang, ada yang salah seorang tu dah boring, ada yang salah seorang tu terpandang yang lain....Macam-macam reason yang akan ada. Kalau yang bercinta bagai nak rak tu, bila dah putus, macam-macam jugak nak buat, bunuh diri la, tak nak couple dah la, tak nak pandang laki/pompuan dah la...Shup up!! la orang macam ni cakap lain buat lain... Orang macam ni yang kebanyakan aku jumpa, tapi aku tabik la yang betul-betul berazam cam gi tu kan. Yang tak menyalahkan mana-mana pihak, yang membaiki kelemahan diri dan mungkin dirinya tidak di takdirkan bercinta di usia muda. 

Apabila baca or dengar cerita-cerita pasangan yang baru kawin or dah lama kawin pon...sweet je cerita cinta dorang, yang paling aku kepingin cinta selepas kawin, pergghhh ade angan-angan nak macam tu, tapi SORRY la wahai diri, anda sudah terjebak dengan cinta. Dengan itu, peliharalah perhubungan yang ada. Meh sama-sama kita jaga hubungan yang sedang terjalin.

Buat korang yang sering di landa badai, kalau aku la kan, aku akan mengambil keputusan berdiam diri. Diam lebih baik dari menyemarakkan badai yang telah sedia ada. Mungkin ia amat perit bagi kita, tapi andai kita yakin dengan diri, ikhlas pada diri sendiri, insya Allah, korang dapat tempuhi liku-liku kehidupan kalian di masa hadapan, disini bukan bererti putus, tapi menyepi..adeesss...ade ke istilah cam gini. Ape pun peliharalah perhubungan yang sedia ada sebaiknya, jangan lah membebankan hati anda..

Opppsss...macam dah terlalu panjang aku membebel..habis ke korang baca...uhukk..yang abes baca tu tq bebanyak..wee..cam gini la kalo aku kepingin nak menaip. Enjoy it larghh,... Maaf di atas ketelanjuran kata-kata di atas, itu semua ikhlas dari aku erkkk, xde kaitan ngn mana-mana pihak pon, andai ada yang terasa mohon ampun dan maaf. 

Terima Kasih
Tinggal Jejak Anda di Sini Yaa

2 comments:

Qaseh dalia adelia said...

kalau mcm tu cinta lah lepas kawen hehe tapi nasib setiap org tu berbeza rite

ashafanie said...

insya Allah..ihik...macam-macam versi yg ade sal cinta ni kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang