Masih blogwalking ni..Tapi nak post satu entry.
Adakalanya kita perlu menangis
agar kita tahu
hidup ini bukan
sekadar untuk ketawa
Adakalanya kita perlu ketawa
agar kita tahu
Mahalnya nilai airmata
Syukurlah kiranya ada
yang menyakitimu,
kerana dia mengajarmu
erti tabah
Syukurlah kiranya ada
yang tidak mempedulikanmu
kerana dia mengajarmu
Berdikari
Syukurlah jika ada yang menjatuhkanmu
kerana dia menghebatkanmu
untuk terus bangun lagi
Syukurlah kiranya ada
yang menyiksamu
kerana dia mengajarmu
Kesabaran & Ketabahan
Terima Kasih
2 comments:
Syukurlah kerana Allah memberi oksigen ini untuk kita hirup hari-hari...
indahnya Kehidupan
Post a Comment