Followers

Monday, 23 May 2011

jom ke Jeram Pasu

Salam pembuka bicara...

Entry yang sebelum ni aku pernah bagitahu bahawa aku telah ke Jeram Pasu bersama member kolej aku setelah tamat peperiksaan akhir semester lepas.

Sedikit sebanyak tentang Jeram Pasu ni telah aku 'google'. Jeram Pasu ni terletak lebih kurang 16 km dari Bandr Pasir Putih menghala ke Kota Bharu. Jeram Pasu adalah merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Pasir Putih, Kelantan. Kemudahan yang terdapat di Jeram Pasu ialah kolam mandi untuk dewasa dan kanak-kanak, surau, tandas, bilik persalinan, wakaf-wakaf dan dan terdapat gerai menjual air dan makanan segera seperti pisang goreng dan keropok lekor goreng. Tempat letak kereta juga disediakan.Oleh itu kami hanya ke sana dengan menaiki kereta. Perjalanan yang memakan masa hampir sejam telah kami lewati. 

Memandang kunjungan kami kesana bukan hari minggu, tidak ramai orang yang ke sana. Gerai - gerai juga banyak yang ditutup. Bagi kami itu tidak penting kerana perasaan teruja terus terbit apabila terpandang air terjun di depan mata. Kunjungan yang tidak memberi penyesalan kepada kami. Menurut sejarah dan cerita masyarakat setempat Jeram Pasu merupakan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan. Walaupun tidak segah dahulu, keindahan air terjun ini masih lagi dirasai. 

Antara gambar yang ada  ..............................


PINTU  GERBANG
ihsan dari google

ihsan dari google

Ni pulak pic aku ngn member aku........................


**ni bersama salah seorang member aku

That all..Enjoy with your family n friends sementara diorang masih bersama.
Di samping itu, aku nak share link portal Majlis Daerah Pasir Putih.. Enjoy it..

ashafanie thinks::::Pengalaman mendewasakan hidup kita..Percayalah Allah itu Maha Adil.

Salam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang