Followers

Friday, 27 May 2011

Dah Sampai

Salam...

Alhamdulilah. Selepas 8 Jam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur (KL) kami selamat tiba dan bermalam di rumah uncle kat Saujana Utama. Perjalanan kali ni hanya abah ( pemandu ), abang ( co pilot ) hehe , adik ( lelaki & perempuan ) dan diri aku sendiri. Mama & adik aku yang bongsu naik flight pagi pada hari yang sama. Sampai je pintu rumah, selepas angkat beg-beg, makanan yang utama di jamu adalah 'durian' dari Pasar Tani Pengkalan Chepa.. Wow, durian pon trip 8 jam tau. Durian terkenal sebagai 'Raja Buah'  yang sememangnya tersohor dengan baunya. Ada cara untuk mengurangkan bau durian ni, caranya adalah dengan membungkus durian bersama 'arang dan daun pandan' kalau korang tak percaya korang leyh cuba. Ok that all  untuk entry ni. 

Mesti korang tertanya - tanya kenapa aku ke KL kan. Nantikan kemunculan entry seterusnya. Itu pun kalo aku sempat update. 

ashafanie: Terima Kasih kerana menerjah blog yang seberapa ni. Pertama kalinya aku tak msj 'dia' . Sorry..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang