Salam
09 Jun 2012 yang lepas
Alhamdulillah
Anie berjaya melepasi sesi temuduga
Bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27
Suatu pengalaman yang baru bagi Anie
Umum semua tahu
Beribu yang dipanggil ditemuduga bagi jawatan ini
Namun hanya beberapa sahaja yang akan mengisi
Kekosongan jawatan berkenaan
Syukur Alhamdulillah kalau berjaya
Menempatkan diri dan berjawat jawatan ini
Temuduga hari Ahad
Perjalanan Anie dari Puchong ke Kota Bharu
Malam 07 June
Sejurus selepas kelas hari Jumaat
Sampai dah pagi 8 Jun
Perjalanan yang sangat penat
Dan berkejar-kejar
Dengan fail yang belum lengkap
Pagi 9 Jun bersedia ke
Pusat Temuduga SPA cawangan Kota Bharu
Malam hari yang sama balik ke Puchong
Kelas keesokkan hari jam 8.30
Sampai jam 7.30
Kelam kabut sangat
Nasib baik kelas kedua dibatalkan
Anie terus cari ruang untuk rehatkan badan
2 hari jugak nak stabilkan rutin harian yang betul
Berbalik kepada pengalaman temuduga
Tipu la kalau tak rasa gementar
Giliran Anie pada hari tu yang ke'4
Seorang masuk
Muka felling good je
Malu-malu nak bertanya
Yang kedua masuk ok jantung makin kuat berdegup
Bila die keluar terus tanya
Berapa orang penemuduga?
Ada tanya pasal isu semasa tak?
Pergh boleh die jawab
Borak pasal diri je
Macam berbual
Ok dalam hati bersyukur sikit
Harap sampai giliran Anie
Soalan yang diajukan masih sama
Giliran Anie dipanggil
Macam biasa bagi salam
Hulurkan fail dan resume kepada penemuduga
Perasaan masa tu so far sangat terkawal
Perkenalkan diri
Belum habis membebel
Penemuduga tu terus direct dengan soalan
Antara yang ditanya
* andai mendapat jawatan ini ,macam mana dengan pengaiian sekarang?
* andai anda ditempatkan diluar negeri Kelantan, adakah anda sanggup?
* soalan berbentuk situasi dimana ( andai pekerja bawahan anda bermasalah, apakah cara yang anda gunakan untuk menangani masalah tersebut seperti pekerja yang selalu buat kesalahan, datang lambat )
* soalan berbentuk situasi semasa ( pendapat tentang Baucer Buku 1 Malaysia )
Entry kali ini dah macam diari
Lama tak menulis
Macam inilah gayanya
Temuduga untuk jawatan ini dah pun berakhir 14 Jun lepas
If tak silap lah
Semoga anda menjadi pilihan
Dalam menjawat jawatan ini
Termasuk Anie
Insyaallah
By
ashafanie@tablet
2 comments:
InsyaAllah...moga ada rezeki.akak kena kt ptrajaya bln 5....
okay..berdebar jugak kalo kena interview. All the best okay! mudah2an dimurahkan rezeki :)
Post a Comment