Salam
Tajuk entry cun habis. Jangan marah ANIE yer kalau tak suka. Ini sekadar pandangan dan pengalaman ANIE sendiri. Setiap pasangan pasti ada hari-hari pertemuan dengan pasangan, dengan kata lain "Date". Sama juga dengan diri ANIE, usah malu untuk mengakuinya.
Namun begitu, selepas beberapa tahun, beberapa ketika berada dalam situasi 'date' ANIE dapati ada baiknya hentikan tabiat yang satu itu. 'Date' itu tidak salah jika kena syaratnya. Dalam Islam juga dah tegaskannya. ANIE hanya insan kerdil yang tidak betah untuk berkata lebih lanjut. Hanya pandangan dan pengalaman diri sahaja yang boleh merungkaikan kata hati tika ini.
ANIE mengenali 'date' buat kali pertama setelah berasa iri dengan pasangan lain, dan ANIE terjalinnya sebuah perhubungan ini juga adalah kerana iri dengan teman-teman. Betapa rapuhnya iman seorang remaja tika itu. Andai masa boleh diundur, hanya 'single' yang ANIE inginkan. Tapi terlajak perahu boleh diundur, namun bila dah terlajak kata, jaga la ia sebaik mungkin agar tidak mengundang sesuatu yang buruk di suatu hari nanti.
Dan kini, setiap minggu khususnya, 'date' itu sentiasa ada. Dan bila 'date' itu tiada, diri akan resah seharian kerana aktiviti harian sudah berubah. Paling kurang sebulan sekali pasti ada 'date' itu. Sekalipun tidak lama, 5 saat mungkin sudah cukup apabila hati sudah tersasar dari landasan.
Namun kini, 'date' tidak lagi ada dalam kamus hidup ANIE sejak bulan lalu. Alhamdulilah dapat ANIE panjatkan kerana dapat mengawal nafsu dan sabar. Mungkin pada awalnya, susah untuk menerima, namun apabila memikirkan masa hadapan, ANIE merasakan keputusan ini adalah yang sangat tepat. Bukan mudah untuk membiasakan diri tidak 'date' selama sebulan ini, yela kan sebelum ni setiap minggu pasti ada pertemuan.
Kebaikan lebih banyak andai 'date' itu dihentikan. Pertama sekali kewangan. Sudah pasti teman 'date' tidak perlu lagi ke ATM untuk mengeluarkan dana. Andai sekali ke ATM RM50 dikeluarkan, sebulan 4 kali pertemuan, RM50 x 4 sudah berjumlah RM200. Itu hanya untuk satu 'date' untuk satu hari, bagaimana dengan dana yang dikeluarkan oleh keluarga dan diri sendiri. Alangkah banyaknya dana boleh disimpan tika itu. Itu yang utama kenapa ANIE menghentikan secara mendadak 'date' ANIE dengan sidia. Walau sidia tidak mengerti, usah berpaling lagi. Belajar dari pengalaman. 'Date' sangat tidak memberi apa makna buat diri ANIE sekarang ini.
Kebaikan yang lain tentunya dalam Islam itu sendiri, mencegah umatnya daripada berdua-duan. ANIE hanya insan kerdil yang belum layak berkata-kata tentang hukumNya. Apa yang ANIE tahu, ANIE cuba amalkan. Islam itu Indah. Keindahan Islam membuatkan umatNya hidup dalam keadaan tenang. Insya Allah.
Bila kebaikan ada, keburukan pasti ada, keburukan yang boleh ANIE ketengahkan kat sini adalah apabila sidia tidak memahami, bermula episod yang ntah pape. Malas dah ANIE nak merungkai kat sini. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Melihat lagi Maha Memahami. Apa yang dibuat pasti ada hikmahnya. Semoga keburukan yang bermain di minda ANIE saat ini, menjadi kebaikan. Insya Allah.
Ok guyss... Minta maaf andai korang tak suka dengan entry ANIE kali ni yer. Jarang ANIE share macam ni, namun begitu, ANIE mengharapkan doa dari kalian agar ANIE ditetapkan iman yang teguh dan sabar menghadapi hari-hari kehidupan yang mendatang tanpa teman disisi. Semoga Allah melembutkan hati sidia.
::Mungkin niat yang ikhlas, ANIE tidak lagi mengalirkan mutiara wanita disebabkan hal ini. Sebelum ni dah try, tapi hanya bertahan 2 minggu, ni dah masuk sebulan, rasa bangga sangat sebab dapat menewaskan nafsu sendiri.
by
No comments:
Post a Comment