Followers

Wednesday 24 October 2012

Kenapa Menangis Kerana Bawang??

Salam

Sumber ANIE peroleh melalui pembacaan Majalah Al-Islam keluaran Mac 2012 buat tatapan teman bloggers


BAWANG menyebabkan anda menangis kerana semasa semasa dipotong sel-selnya akan rosak. Kesannya, sejenis enzim yang dinamakan allinase dibebaskan. Kemudian allinase akan pecah dan menjadi bahan kimia lain yang dipanggil 1-propenyl-Lcysteine sulphoxide dan bertukar menjadi 1-propenylsulphenic asid. Bahan kimia itu kemudiannya akan bertukar menjadi gas propanthial s-oxide. Gas kimia itu juga dikenali sebagai faktor lakrimator yang menyebabkan anda menangis.

Apabila gas itu terkena pada membran berlendir yan melapisi kornea, saraf akan menghantar isyarat ke otak agar kelenjar mengeluarkan air mata. Air mata itu fungsinya adalah untuk membersihkan mata daripada sebarang benda asing mengganggu.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan menangis semasa memotong bawang??
PERTAMA gunakan pisau yang tajam. Pisau yang tajam dapat mengurangkan kecederaan pada sel bawang yang mana ia akan menyebabkan gas yang memedihkan mata terbebas.
KEDUA potong bawang didalam atau dibawah air kerana ia boleh melarut bahan kimia yang dikeluarkan bawang.
KETIGA simpan bawang didalam peti sejuk sebelum memotongnya. Suhu yang sejuk boleh menghalang bahan kimia tersebut daripada dibebas. 
KEEMPAT gunakan kipas untuk mengalihkan asid sulfurik daripada bawang


by

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang