Followers

Thursday, 19 April 2012

Kekuatan datang dari DARAH DAGING sahaja sudah cukup

Salam

ENtry lewat malam dari ANIE tika ini. Hari ni ANIE terima beberapa dugaan. Andai diizinkan ANIE akan menyambung pelajaran peringkat Ijazah pada 21 Mei 2012 ini. Hanya sebulan dari sekarang. Tapi beberapa percanggahan pendapat berlaku dan secara tak langsung menggugat keputusan ANIE untuk menyambung pelajaran nanti.

ANIE bakal menyambung pelajaran di sebuah kolej di Punchong. Percanggahan yang sedang berlaku dimana, pemerhatian dibuat di kawasan kolej berkenaan (Puchong) bahawa kawasan di sana rata-rata penduduknya kaum Cina. Itu percanggahan yang berlaku tika ini, namun ANIE pekakkan telinga kan dulu. Datang pulak percanggahan kedua dimana 'ANIE kerja dulu setahun kumpul duit, tahun depan apply UiTM'. 

Sekarang ni, timbul lagi masalah dimana, hati dan perasaan sedang gundah gulana disebabkan 'terputusnya' hubungan dengan sidia sejak 2 minggu ini. Ada satu masalah yang berlaku, namun ANIE tolak ketepi dahulu. Keputusan menyambung pelajaran lebih utama tika ini. Namun begitu, hati ini merasakan tidak adil kerana sidia tidak mengetahui dan tidak duduk berbincang sama dalam mengambil keputusan.

Dengan itu, ANIE akan menunggu keputusan DIPLOMA yang akan diumumkan beberapa hari lagi, Insya Allah dan ANIE akan menghadiri satu 'taklimat' berkenaan dengan kemasukan ke kolej berkenaan. Dua langkah itu ANIE kena hadapi dan sabar dalam membuat keputusan. Sukar nya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ni. Dugaan belajar buat ANIE.

Sokongan dan kekuatan tidak perlu diminta jauh, cukuplah sekadar dari darah daging kita sendiri. Malam tadi ANIE dah share dengan abang ANIE. Abang nasihatkan tunggu dua langkah itu. Manakala adik ANIE pulak banyak memberikan kata-kata semangat kerana dia dah bertahun belajar dan lebih lama hidup berdikari daripada ANIE. Adik ANIE sempat kirimkan beberapa kata semangat melalui Facebook. THanks Sis.

Semoga ANIE diberi kekuatan dan kesabaran dalam mencari keputusan yang tepat untuk menyambung pelajaran nanti. Masa kurang sebulan, terlalu singkat. Doakan ANIE.. Insya Allah.



::Sape belajar kat Kolej Pengurusan Astin kat Puchong?? 

by

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang