Salam
Antara kerja dan belajar, mana satu pilihan korang? Buat saat ini, ANIE memilih kerja walaupun sekarang ni ANIE kerja sementara menunggu sambung belajar. Sejak tamat persekolahan, ANIE memang tak pernah bersenang lenang. Kehidupan seharian pasti ada je kerja. Kerja part time yang selalu ANIE buat. Memang jenis tak boleh duduk bersahaja ANIE ni kot.
Peperiksaan SPM tamat dalam bulan November atau Disember 2008..lupe la, dah lame tinggalkan. ANIE mula kerja Januari 2009 sementara menunggu keputusan SPM, ANIE kerja di Koperasi sekolah. Ada jugak sampai bulan Jun. Kerja setiap hari Ahad hingga Khamis dari jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang. Balik kerja pergi ke tempat buat lesen. 28 April 2009 ANIE lulus mendapat lesen D dan B2.
Berakhirnya kerja part time ANIE kat Koperasi sekolah di mana, ANIE mengambil keputusan menyambung pelajaran di peringkat Diploma di sebuah kolej Swasta di Kota Bharu. Setiap kali cuti semester, lebih kurang sebulan setiap kali cuti, Koperasi sekolah yang akan ANIE jejaki. Dapat jugak duit belanja bila kerja daripada tak buat apa-apa.
Sehinggalah 3 tahun selepas itu, tamatnya pengajian Diploma ANIE, ANIE ditawarkan membantu saudara ANIE untuk memulakan perniagaan di HS Barakah Trading. Sejak Mac 2012, ANIE mula 'operasi' kan premis HS Barakah Trading dari susun atur, pembersihan, kewangan, stok barang keluar masuk dan segalanya lah. Kini dah 2 bulan ANIE kerja. Sejak dulu, ANIE tak pentingkan habuan tapi mementingkan masa. Masa tidak dibuang begitu sahaja.
Mungkin sesetengah orang merasakan bahawa kerja lebih seronok daripada belajar, bagi ANIE tidak. ANIE dah merasakan bagaimana hidup 'bekerja' dan 'belajar'. Andai dapat memilih, ANIE akan memilih belajar. Dan impian ANIE untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah nanti bakal bermula. Insya ALlah.
Sejak akhir ini, ANIE asyik memikirkan dana untuk belajar nanti. Baru ANIE terasa bahawa kemana sahaja 'duit' itu penting, Insya Allah ada lah rezeki di mana-mana. Yang penting niat untuk belajar itu sentiasa ada.
by
1 comment:
nana suka dua2 :)
Post a Comment