Followers

Sunday, 15 January 2012

Entry::Sebab "berpantang" II

Salam.

Ada yang masih menunggu entry seterusnya dari ANIE ke.. Sorry buat korang tertunggu. Yang belum baca entry sebelumnya.. klik link ni Entry::Sebab "berpantang" I

Ok,sambungnya masih di tarikh 1 Januari 2012.

Selepas persetujuan dibuat (nak operate), nurse dah menyibukkan diri untuk book bilik (wad). Jam 12.15 jugak rasanya baru dapat bilik. Tu pun bilik berkongsi (4 orang). Dengan persaan yang tengah gemuruh (yeke aku kena operate), lapar (kena puasa), sejuk (tengah hujan).. Tapi time tu ANIE dok baca ayat kursi je. Nak bagi kekuatan kat diri sendiri.

Nurse dah masuk bagi pakaian untuk pembedahan. Biasa la kalau pembedahankan, semua kena bukak, just pakai baju khas yang diberi, semua aksesori dibukak termasuk subang, cincin. rantai ANIE tak pakai. Time tu ok je lagi. Jam 1.15, 2 orang nurse dah masuk bilik jemput ANIE bersama katil untuk ke bilik bedah. Wooo.. time tu still cool.

Masuk je bilik bedah, wink3.. Sejuk tahap ape dah tak tahu, ditambah dengan gemuruh. Nak kata takut tu, tak la sangat sebab ANIE sendiri yang ambil keputusan nak operate kan. Ayat kursi jelah dibibir masa tu, ntah berapa kali ANIE dok ulang. Kekuatan tu alhamdulilah bertahan hingga dibius.

Bila dah tak sedar tu, best la doktor dan pembantu die dok layan tangan ANIE kan. ihik. Selepas sejam ayat pertama ANIE dengar ."AZREEN".. Tu nama ANIE lah.. wink4.. Nurse cakap ok dah sedar, terus ANIE ditolak masuk ke wad. Time tu sedar 90% kot..hik hik hik. Cam tu rupanya orang kena bius. Masuk je bilik mama pulak tak de, adoi cuak kejap. Rupenyer mama balik umah ngn abah ambil pakaian..hehe

Bila dalam bilik, handphone yang ANIE capai dulu, tengok jam ler.. Amboi.. Tengok jam dah 3.15 petang ke 2.15 petang. wink lupa pulak. sempat lagi Online via phone. Sejam lepas tu, sejurus mama ngn abah sampai, nurse kasitahu dah boleh tukar bilik single. Bilik tu dok sebelah je, jalan sendiri sambil dipimpim mama..hehe..

Ok, dah macam karangan pulak entry ni, syok bercerita. Ok, jap lagi publish entry ke III. Ni ANIE sajikan pic kat KBMC dulu.

pic ni sebelum balik lah.. hehe
menu ANIE sekarang.. ikan selar bakar, sayur sawi bersama nasi putih..

Ok guys.. Entry ke III muncul nanti kayh..

by



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang