Followers

Monday 12 December 2011

kesibukan makin menyibuk

Salam

Dah beberapa hari tak post entry... Saban hari ANIE gi kolej.. Semata-mata nak siapkan tugasan untuk Seminar  Pengurusan ANIE ni. Minggu lepas dah siap satu perbentangan yang berkenaan dengan ulasan jurnal dan artikel. Alhamdulilah.Semuanya berjalan dengan lancar dengan kerjasama dari rakan-rakan. Rabu ni (14 dis 2011) perbentangan kedua. Perbentangan kedua ni dah menjurus kepada "seminar" yang bakal berlangsung awal bulan Februari 2012 nanti. Tajuk dah ade iaitu ceramah dari pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Semua ni masih dalam perbincangan awal. Tak nak la sarat sangat seminar ni, sebab ni adelah seminar pertama yang dihandle oleh pelajar semester akhir kat kolej. Cuak pulak rasanya. Harap semuanya berjalan dengan sebaiknya.

Slide untuk perbentangan kedua masih belum buat. Perbentangan 2 hari je lagi. Need rest la. Hari ni dah uruskan perihal AADK. Walaupun kepenatan, ianya berbaloi.

Okeyh, tido awal ANIE, esok pagi-pagi nak hantar uncle kat bandar KB, die dah nak balik KL dah.. Boleh la gi kolej awal  esok. Harap mood nak siapkan bahan perbentangan kedua ade la kan.


by

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang