Followers

Wednesday, 21 December 2011

Apa yang terjadi????

Salam

Perghh...tak terhitung jari jemari nak mengira berapa hari ANIE tak post entry. Ade je story yang ANIE nak share. Story "gempak" ANIE pasal projek "seminar pengurusan" je..hehe.. sekarang dah dalam proses menyiapkan proposal. Insya Allah lusa khamis (22 Dis 2011) perbentangan ke-4 kami. Rabu (14 Dis 2011) lalu sudah pun selesai perbentangan ke-3. Alhamdulilah..setakat ni semuanya berjalan dengan lancar. Sokongan dari teman sepasukan pun rancak tanpa ada pertikaman lidah. Harap semuanya terus kekal hingga selesai "seminar" yang bakal di adakan Insya Allah 1 Februari 2012.

Sesak nyer jiwa ANIE sekarag ni. perghh.. Mainan perasaan sebenarnya... ANIE malas nak ambil pusing. Tapi ingat "dorang" sedar..tapi hampeh.. malam ni jadi lagi.. Pasal ape? umm.. tak perlu kot ANIE dedahkan apa-apa dan kepada sesiapakan. Sape makan cili, dia lah yang akan rasa pedasnya. Tapi die rasa ke cili tu. Kalau difikir-fikirkan macam "b***h" pulak ANIE ni.. Mungkin yer, mungkin tidak. Kalau korang di tempat ANIE pun, sure lah korang rasa ape yang ANIE rasa sekarang ni. Mungkin korang akan mengambil tindakan lebih dari ANIE, sebab ANIE cool..ahak..cool la sangat kan.Yeahh.. kalau tak diri kita sendiri yang "menjaga" takkan nak soh orang lain yang nak jaga hati dan perasaan kita kan. perghh.. macam jiwang pulak. ANIE sedaya upaya "mengubah" tabiat. Maybe betul orang kata, "diam itu lebih baik". ANIE cuba, tapi sejauhmana kita nak "diam",.. dah rasa nak meletup memendam sorang-sorang macam ni. ANIE memerlukan teman untuk meluahkan. Tapi buat masa ini, "diam" yang perlu ANIE lakukan. Tak nak buka pekung di dada. Biarlah kali ni ianya meletup sendiri. Yakin pada-Nya. Andai "dia" dah tertulis untuk kita. Berdoalah agar ianya sentiasa dipelihara.

Dalam apaa jua situasi, ANIE cuba untuk sentiasa "senyum". 5 tahun bukan lah satu tempoh masa yang main-main. Pahitnya tetap ada, walaupun orang tak tahu. Cukuplah sampai disini bebelan ANIE kan. Sehingga hujung bulan Februari, jadual ANIE dah terasa padat sangat. Macam "artis" pulak. Tuntuan kerja sebagai pelajar,anak dan hamba Allah. Semoga ANIE dipermudahkan segalanya.

::Maaf andai terlebih curahan perasaan kat entry kali ni. Ini bukan medan curahan..tapi itulah.. kata hati sukar di tangani sepenuhnya


by

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang