Salam...
Terima kasih kepada korang yang sudi doakan aku. Alhamdulilah, hari ni dah ok sikit dari semalam, sakit kepala pon jarang-jarang dah, berkat doa korang semua.
Bagi entry sebelum ni aku tak kasitahu kan sakit ape, so bagi entry ni aku nak kasitahu la. Aku demam kepialu. Demam kepialu ni berpunca dari pemakanan. Aku sendiri tak pasti dapat pemakanan dari mana sampai sakit cam ni. Nak kata dari rumah tak kot sebab aku jarang makan kat rumah, walaupun mama aku masak. Tapi biasanya sebab makan kat kedai. Tapi bagi aku mungkin sebab banyak sangat aku makan kat kenduri, yela musim kenduri kan, ditambah lagi makan ape je hidangan yang ada. Aku rasa la, tak de la nak kate 100 % betul. Sekarang ni doktor masukkan air selang ntah berapa jam pas tu masuk antibiaotik. Perghhh, boleh tahan sakit jarum di tangan, tapi stay cool je la. Sakit macam mana pun aku kena hadapi, kan nak sembuh. Oh yer, sekarang aku kat hospital Kota Bharu Medical Centre (KBMC). Aku pane PMCare kat sini. So, teramat selesa.
Buat masa sekarang kawan-kawan aku tak tahu aku kat hospital ni. Banyak sebab aku tak nak dorang tahu, aku tak nak susahkan dorang, sebab aku yang selalu epy tiba-tiba jatuh sakit. 3 hari aku puasa cakap..hehe. mak cik aku yang datang melawat tadi pun pelik. Aku tahu dorang ambil berat pasal aku, semalam pun kawan baik aku tiba-tiba kol, marah dah kat aku sebab tak kasitahu. Aku tak mahu korang susah. Aku just mahu doakan aku je. Itu dah memadai bagi aku.
Ok, dah terlalu panjang pulak entry ni, usaha menaip ni. Sambil baca, doakan aku kayh.
Oppsss..sebelum terlupa, semoga berjaya buat skuad Kelantan The Red Warrior, semoga berjaya pulang piala ke bumi Kelantan.
Terima Kasih
1 comment:
salam singgah terjah dari blog Sharifdez..dukacita Kelantan kalah la..2-1.
Post a Comment